Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi bantuan i-Fitri kini dibuka.
Seramai 115,000 penerima yang terdiri daripada golongan isi rumah yang terjejas dalam kalangan B40 dan sebahagian M40 dapat memanfaatkan bantuan ini.
i-Fitri adalah merupakan salah satu inisiatif bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri Terengganu yang diperuntukkan kepada keluarga miskin dan isi rumah berpendapatan antara RM 2,500 hingga RM 5,000 sebulan.
Pengumuman bantuan ini telah dibuat oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika persidangan Belanjawan Terengganu 2022. Persidangan pada 15 November 2022 ini telah diadakan di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu dengan bertemakan “Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua”.
Objektif utama bantuan i-Fitri ini adalah untuk membantu keluarga yang terjejas dari segi kewangan supaya dapat meraikan Aidilfitri dengan lengkap dan meriah.
Permohonan Bantuan i-Fitri dibuka pada 19 Mac 2023 hingga 31 Mac 2023.
Berikut adalah kadar bantuan yang ditawarkan kepada pemohon yang layak :
RM 300 one-off
Permohonan boleh dilakukan secara atas talian mulai 19 Mac 2023 menerusi pautan https://ibantuan.terengganu.gov.my.
Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan i-Fitri 2023, anda boleh rujuk Rangkuman Ucapan Belanjawan Terengganu seperti di bawah :
Anda juga boleh hubungi Hotline Negeri di talian berikut :