Bantuan khas BERNAS RM250 setiap pesawah

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) telah mengumumkan pemberian khas kepada pesawah. Menterinya, Mohamad Sabu berkata pemberian bantuan khas BERNAS berjumlah RM 10 juta ini akan disalurkan secara berperingkat kepada pesawah di tiga buah negeri di Pantai Timur telebih dahulu iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Manakala bagi pesawah di negeri-negeri lain akan menerima bantuan selepas baki bantuan sebanyak RM50 juta disalurkan. Menurut beliau juga bantuan ini akan memanfaatkan sebanyak RM250 bagi setiap pesawah.

Tarikh Penyaluran Bantuan Khas Bernas

Bantuan akan disalurkan selewat-lewatnya pada 16 Januari 2023

Pesawah yang layak menerima?

Penyaluran bantuan akan dibuat melalui MAFS dan juga agensinya kepada pesawah yang berdaftar, permohonan baharu adalah tidak perlu.

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan bantuan khas BERNAS, sila layari laman web MAFS https://www.mafi.gov.my/