Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Yayasan Johor Corporation 2022

Yayasan Johor Corporation kini telah membuka permohonan bantuan pendidikan bagi tahun 2022. Kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat IPT kini boleh memohon bantuan pendidikan ini bagi meringankan beban persediaan yuran pengajian.
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tawaran bantuan pendidikan YJC.

Apa itu bantuan pendidikan YJC
Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation merupakan satu inisiatif berbentuk bantuan yuran persediaan awal ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) secara wang tunai (one-off). Setiap permohonan yang diterima dibentangkan melalui Jawatankuasa Sumber & Penyaluran Dana Pendidikan Yayasan Johor Corporation untuk kelulusan.
Objektif bantuan
Antara objektif bantuan pendidikan diperkenalkan adalah:
- Membantu meringankan bebanan kewangan ibu bapa/penjaga terhadap tanggungan yuran pengajian pemohon.
- Membela nasib pelajar agar mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tanpa sebarang kesulitan.
Syarat-syarat permohonan bantuan pendidikan YJC
Calon yang ingin memohon bantuan perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
- Permohonan dibuat melalui borang digital.
- Warganegara Malaysia.
- Permohonan kali pertama (sekali sahaja).
- Pendapatan isi rumah di bawah B40 (RM4,000 dan ke bawah).
- Tahap pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Sarjana Muda.
- Institut yang diiktiraf oleh Kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi.
- Pengajian secara sepenuh masa sahaja.
- Permohonan perlu disahkan oleh pihak IPT/Ketua Kampung/Pegawai Kerajaan Gred A.
Cara-cara memohon

Calon yang ingin memohon sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web http://yjcsys.yayasanjcorp.com.my/Main/pelajar.
- Klik butang “Daftar Sekarang.”
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
- Muat naik doumen lampiran permohonan.
- Klik butang “Hantar Permohonan” untuk menghantar permohonan tersebut.
Senarai dokumen sokongan
Calon hendaklah memuat naik semua dokumen sokongan sepertimana berikut:
- Borang kemasukan ke IPT.
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan slip gaji ibu, bapa atau penjaga.
- Semua dokumen disahkan oleh pihak IPT/Ketua Kampung/Pegawai Kerajaan Gred A.
Tarikh tutup permohonan
Permohonan ini dibuka sehingga 28 Julai 2022
Maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation, sila hubungi 07-219 2692 atau melayari laman web http://yjcsys.yayasanjcorp.com.my/Main/pelajar.