Bidaan siri nombor pendaftaran kenderaan Untukmu Guru ‘UG’ bermula 1 Julai 2022

Siri nombor pendaftaran kenderaan UG yang telah dilancarkan oleh Tuanku Canselor UPSI, Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim baru-baru ini akan dibuka untuk bidaan secara rasmi kepada orang ramai bermula 1 Julai ini.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata inisiatif itu dilaksanakan bagi menyahut hasrat kerajaan untuk membantu penjanaan kewangan universiti menerusi pelaksanaan oleh anak syarikat UPSI Holding Sdn Bhd, UHSB dengan kerjasama syarikat tempatan Aquatwo Sdn Bhd.

Sementara itu, menurut Pengurus Besar UHSB, Profesor Madya Dr. Ramlee Ismail, siri nombor pendaftaran kenderaan UG yang bermaksud “Untukmu Guru” merupakan hadiah istimewa kepada seluruh alumni institusi pendidikan itu sempena sambutan 100 tahun penubuhannya pada 22 November hadapan.

Cara membida siri nombor pendaftaran kenderaan UG

  1. Mengisi borang melalui pautan laman web www.ugplat.com.my
  2. Borang bidaan yang lengkap diisi perlu dihantar terus ke pejabat UHSB di Aras 1, Bangunan Bitarasiswa, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak

Tarikh bidaan

Mulai 1 Julai 2022 sehingga 12 Julai 2022.