Ibu bapa yang mempunyai anak yang telah cukup umur 12 tahun wajib untuk membuat permohonan MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara. Jabatan Pendaftaran Negara juga menyediakan platform permohonan secara online untuk memudahkan permohonan tersebut dibuat. Dengan adanya penambahbaikan ini, kesesakan di kaunter dapat dielakkan dan ibu bapa juga tidak perlu beratur panjang untuk membuat permohonan ini.
Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) setiap kanak-kanak yang telah mencapai umur 12 tahun dan bertaraf Warganegara wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya.
Syarat-syarat Permohonan:
Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun.
Pemohon mestilah hadir bersama Penganjur 2.1. Ibu atau Bapa; atau 2.2. Penjaga (Penjaga adalah datuk atau nenek atau ibu saudara atau bapa saudara atau kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun).
Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran proses akan dikenakan.
Sekiranya penganjur adalah selain daripada kategori di atas perlu mengemukakan surat akuan berkanun dan surat pengesahan penjagaan pemohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendaklah dibawa bersama.
Cara-cara Memohon:
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti semasa memohon secara online:
Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan seperti: