Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan media memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2021 akan dikeluarkan pada hari Khamis, 16 Jun 2022.
Calon-calon SPM 2021 boleh membuat semakan keputusan SPM 2021 melalui :
Online | https://myresultspm.moe.gov.my |
SMS | SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. |
Calon Sekolah | Calon-calon SPM 2021 boleh mendapatkan slip keputusan SPM 2021 melalui sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada 16 Jun 2022. |
Calon Persendirian | Calon-calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh merujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar peperiksaan SPM 2021. |