Cara Tukar Duit Raya Dengan Mudah Dan Cepat Di Mesin ATM

Hari Raya Aidilfitri 2023 bakal menjelma tidak lama lagi, sudah pasti ramai yang ingin menukar duit raya terutamanya untuk dapatkan duit raya yang baharu bukan? Duit raya merupakan komponen penting pada hari raya selain pakaian raya, kuih raya serta solat raya dan sudah menjadi tradisi dalam masyarakat orang Islam di Malaysia.
Untuk pengetahuan anda semua, ada cara yang mudah dan cepat untuk tukar duit raya tanpa perlu beratur panjang di kaunter-kaunter bank. Cara tersebut dengan hanya menukar di mesin ATM sahaja, dalam masa 10 minit pun anda sudah dapat menukarnya.
Cara Tukar Duit Raya Di Mesin ATM
Jom ikuti perkongsian daripada saudara Shukur di laman Facebooknya.
- Pergi ke cawangan Maybank yang besar (cawangan terpilih). Contoh gambar di bawah ialah Maybank Setia Alam ada 2 mesin ATM yang boleh tukar duit raya baru yang masih wangi.
- Pilih ATM yang tertera gambar 3 orang pakai baju melayu pegang duit raya. (seperti gambar).

- Semua duit dalam mesin ATM tu ialah note RM 10 duit raya baru. Tekan pengeluaran dan pilih jumlah amaun.

- Jumlah maksimum amaun setiap transaksi RM 300. Sekiranya anda mahukan sebanyak 60 keping wang kertas RM10 yang baru, perlu lakukan sebanyak dua kali transaksi.

- Dapatkan angpow raya di kaunter.
Mudahkan? Jom tukar duit raya segera di cawangan MAYBANK yang terpilih.
Senarai Lokasi Mesin ATM MAYBANK Tukar Duit Raya