Pada mulanya aplikasi MySejahtera diperkenalkan bertujuan mengekang penularan Covid-19 pada tahun 2020. Kini telah ditambahbaik sebagai platform kesihatan awam Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selaras dengan penambahbaikan itu, dua ciri baharu telah diperkenalkan iaitu ciri untuk paparan rekod kesihatan dan rekod imunisasi bermula dengan bayi yang dilahirkan selepas 1 Julai 2020. Oleh yang demikian, orang ramai disarankan untuk mengemaskini aplikasi MySejahtera 2.0 agar dapat mengunakan ciri baharu ini.

Ciri terbaharu ini dijangka dapat membantu orang ramai untuk mengakses dan memaparkan rekod kesihatan dan imunisasi dengan mudah dan cepat dan dalam masa sama dapat menyimpan rekod tersebut secara digital

Ciri-ciri baharu MySejahtera 2.0

Dua ciri terbaharu dalam aplikasi MySejahtera 2.0 adalah:

  1. Rekod imunisasi
  • Fungsi ini dapat dilihat setelah bayi yang baru dilahirkan diberikan suntikan imunisasi Bacillus Calmette-Guerin (BCG) di fasiliti kesihatan yang terlibat di dalam Program lmunisasi Kebangsaan.
  • Antara imunisasi yang dipaparkan dalam MySejahtera 2.0 adalah seperti Tetanus, Hepatitis B, Haemophilis Influenza, Diphteria (D), Tetanus (T) dan Acelullar Pertussia (AP) (DTAP), Measles, Mumps dan Rubella (MMR), Japanese Encephalitis (JE) dan COVID-19
  1. Rekod saringan kesihatan
  • Paparan maklumat kesihatan yang menjalankan saringan di bawah Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan di Klinik Kesihatan Kerajaan.
  • Rekod ini boleh diakses menerusi modul “Rekod Kesihatan” di laman utama MySejahtera seperti maklumat ketinggian, berat badan, BMI dan jenis darah.
  • Selain itu, terdapat tiga ciri lagi yang boleh dilihat iaitu laporan kesihatan, laporan keputusan ujian makmal dan vaksinasi.

Bagaimana pula dengan rekod saringan kesihatan dan imunisasi bagi Fasiliti Kesihatan Swasta?

Bagi mereka yang menjalankan saringan kesihatan sendiri dan bukan di bawah lnisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan atau pun yang telah mendapatkan suntikan imunisasi di fasiliti kesihatan swasta, rekod saringan kesihatan atau imunisasi orang ramai boleh di muat naik di MySejahtera sekiranya fasiliti kesihatan yang dikunjungi menggunakan sistem MyVAS.

MyVAS adalah satu sistem yang digunakan oleh lebih daripada 4,000 faslliti kesihatan yang sebelum ini turut terlibat dalam Program lmunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang kini diguna pakai untuk lnisiatif Sarlngan Kesihatan Kebangsaan dan Program lmunisasi Kebangsaan.

Namun begitu, terpulang kepada fasillti kesihatan swasta sama ada mereka ingin memuat naik maklumat anda ke dalam MySejahtera. Walau bagaimanapun, KKM amat menggalakkan mereka berbuat demikian tanpa dikenakan sebarang caj.

Sumber Gambar : Facebook MySejahtera

Paparan antara muka baharu MySejahtera

MySejahtera 2.0 juga tampil dengan wajah baharu dengan fungsi baharu bagi memudahkan urusan kesihatan anda antaranya:

  1. Paparan rekod saringan kesihatan
  2. Paparan rekod imunisasi bayi dan kanak-kanak
  3. Status vaksinasi tidak lagi menjadi halaman utama
  4. Segala rekod vaksinasi Covid-19 diletakkan di bahagian aplikasi

Lupa kata laluan MySejahtera

Sekiranya anda terlupa kata laluan MySejahtera, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka aplikasi MySejahtera anda.
  2. Klik pada LUPA KATA LALUAN
  3. Masukkan MySejahtera ID anda sama ada email atau nombor telefon yang telah didaftarkan sebelum ini.
  4. Untuk nombor telefon,masukkan kod negara yang betul
  5. Untuk Malaysia,bermula dengan 6 sebelum memasukkan nombor telefon anda.
  6. Kemudian klik SAYA BUKAN ROBOT
  7. Jawab soalan dan ikut arahan yang diberikan
  8. Setelah selesai,tekan HANTAR
  9. Apabila berjaya,anda akan menerima notifikasi melalui email atau nombor telefon yang telah didaftarkan.
  10. Semak email atau sms dan tekan link yang diberikan.
  11. Bagi pengguna email, pastikan anda menyemak di Recycle Bin juga.
  12. Masukkan kata laluan anda yang baru dan masukkan lagi sekali untuk pengesahan
  13. Tekan SET SEMULA KATA LALUAN
  14. Anda akan menerima notifikasi BERJAYA apabila kata laluan anda berjaya di set semula
  15. Anda boleh menggunakan kata laluan anda yang baru untuk log masuk akaun

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web MySejahtera di pautan berikut : https://mysejahtera.moh.gov.my/ms/