Honda Malaysia menarik balik 1,527 unit kenderaan babitkan model City, HR-V dan BR-V

Pihak Honda Malaysia hari ini memgumumkan penarikan balik 1,527 unit kenderaan model melibatkan City, City Hachtback, HR-V dan BR-V sebagai langkah berjaga-jaga.
Adakah anda merupakan salah seorang daripada pemilik model tersebut?
Antara model yang ditarik balik:
- City (2021) dan City Hatchback (2022) – 1,068 unit
- HR-V (2020) – 343 unit
- BR-V (2021) – 116 unit
Dimaklumkan antara punca kepada penarikan ini adalah pemeriksaan nut torque pada Penjana Arus Ulang-alik (ACG) dan pemeriksaan bolt earth grounding tightness.
Ekoran daripada kesulitan ini, Honda Malaysia memohon maaf kepada pelanggan yang terjejas dan mereka memberi jaminan bahawa semua model pengeluaran dan penjualan semasa model terlibat tidak terjejas.
Sehingga hari ini, Honda Malaysia melaporkan tiada insiden kemalangan atau kecederaan yang berlaku disebabkan oleh dua isu ini yang dilaporkan di Malaysia.
Semua pelanggan yang terjejas akan dimaklumkan melalui surat disertakan butiran penarikan balik produk tersebut.
Pelanggan terjejas digesa untuk menghubungi mana-mana pengedar sah Honda berdekatan untuk membuat temujanji sebaik sahaja menerima surat tersebut bagi tujuan pemeriksaan, pembaikan dan penggantian alatan yang terjejas. Semua kos adalah percuma ditanggung oleh Honda Malaysia.
Talian semakan status
Pemilik kenderaan yang terjejas boleh mendaptkan maklumat atau menyemak status kenderaan mereka dengan menghubungi Honda Malaysia di talian 1-800-88-2020.