Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan.
Iklan & Borang Permohonan
- Iklan Jawatan Kosong UiTM Cawangan Kelantan
- Borang Permohonan Jawatan Pensyarah
- Borang Permohonan Jawatan Pentadbiran
Perhatian Kepada Calon
- Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN:
- Kad Pengenalan Calon, Ibu & Bapa
- Sijil Kelahiran Calon, Ibu & Bapa
- Sijil SPM/MCE, HSC/ STPM atau setaraf
- Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah (Ph.D) (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
- Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik
- Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/ terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/ penetapan gaji
- Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan Kerajaan/ Badan Berkanun/ separa kerajaan yang sedang berkhidmat) dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan
- Pemohon hanya boleh memohon SATU (1) jawatan yang diiklankan SAHAJA.**
- Pemohon – pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas / Kelas Kedua Tinggi / Mumtaz / Jayyid Jiddan atau yang setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.
Cara-Cara Membuat Permohonan
- Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan UiTM yang boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Kelantan di https://kelantan.uitm.edu.my/
- Sila kemukakan salinan permohonan (PDF) melalui link seperti berikut: https://forms.gle/32idWVPFigPMqEZL6
- Borang / dokumen yang tidak lengkap, tidak jelas dan kabur tidak akan diproses.
- Hanya calon-calon yang layak akan disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.Sekiranya anda terpilih untuk ditemu duga, sila bawa bersama dokumen asal dan satu (1) salinan borang yang telah dicetak dan disahkan ke sesi temu duga.
- Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
- Pemohon – pemohon yang menuntut di Tahun Akhir Universiti Awam / Swasta adalah tidak dibenarkan membuat sebarang permohonan jawatan kecuali keputusan semester akhir telah diperakukan oleh SENAT.
Tarikh Tutup
Tarikh tutup permohonan adalah pada Khamis, 22 Jun 2023.
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Unit Perjawatan UiTM Cawangan Kelantan (unitperjawatanuitmck@uitm.edu.my) di talian 09-9762068(whatsapp business) & 09-9762036(whatsapp business)