Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Keutamaan adalah diberikan kepada peranakan Negeri Kelantan.
Berikut dikongsikan info berkaitan tawaran jawatan kosong ini.
Bil. | Jawatan | Gred | Bil. Kekosongan | Status | Syarat Kelayakan |
1 | Pegawai Hal Ehwal Islam (Imam Tua Masjid Bandar/Jajahan) | S41 | 1 | Tetap | Syarat |
2 | Penolong Pegawai Teknologi Maklumat | FA29 | 2 | Kontrak | Syarat |
Penetapan gaji permulaan ditetapkan oleh pihak MAIK berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.
1) Permohonan hendaklah dibuat melalui link berikut: https://bit.ly/3rPRXTT
2) Slip Pengesahan Permohonan (klik: https://bit.ly/3nRmBk4) hendaklah dicetak dan dikembarkan bersama RESUME (dibuat secara berasingan) dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan.
3) Permohonan hanya akan diproses apabila pemohon menghantar RESUME lengkap beserta salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat-surat berkaitan yang telah disahkan oleh pegawai perkhidmatan gred 41 dan ke atas.
4) RESUME lengkap (disertakan gambar berukuran passport) hendaklah mengandungi maklumat berikut:
a. Maklumat Diri
b. Nombor Kad Pengenalan
c. Nombor Telefon Bimbit
d. Maklumat Akademik
e. Maklumat Ko-Kurikulum
f. Pengalaman Kerja
g. Rujukan
5) Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima tidak akan dilayan.
Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 26 Jun 2022
Permohonan dikirimkan hendaklah sampai ke alamat berikut:
YABrs. Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.
1) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
2) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
3) Sila nyatakan Nama dan Gred Jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat
Sebarang maklumat lanjut mengenai tawaran jawatan kosong ini, sila ke klik pautan ini:
https://www.e-maik.my/v2/index.php/arkib/jawatan-kosong