Kerajaan baharu begitu prihatin dengan beban yang ditanggung oleh pengguna, maka dengan sokongan dan persetujuan syarikat konsesi lebuh raya bertol di bawah kendalian Kumpulan IJM Corporation Berhad, iaitu Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA) dan Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) telah bersetuju menurunkan kadar tol berkuatkuasa jam 12.01 malam, 1 Januari 2023.
Penurunan kadar tol ini adalah sebahagian daripada strategi penyusunan semula struktur kadar tol bagi kedua-dua lebuh raya ini selaras dengan keputusan yang dibuat oleh Jemaah Menteri pada 21 Disember 2022 yang lepas. Penurunan kadar tol lebuh raya ini adalah sepanjang tempoh konsesi jika dibandingkan dengan kadar asal di dalam perjanjian konsesi.
Kerajaan dianggarkan dapat membuat penjimatan peruntukan bayaran pampasan sebanyak RM1.978 bilion sepanjang tempoh konsesi kedua-kedua lebuh raya ini yang mana kerajaan dapat memberi fokus peruntakan ini kepada keperluan asas lain yang diperlukan oleh rakyat.
Penurunan kadar tol adalah sebanyak RM0.15 bagi kenderaan kelas 1 yang melalui plaza tol Loke Yew dan Mines (arah Utara & Selatan) Lebuhraya Besraya.
Manakala kadar tol bagi kenderaan kelas 1 dikurangkan daripada 0.1811 sen/km kepada 0.1666 sen/km bagi Lebuhraya LEKAS bagi sistem tol tertutup dan kadar tol kekal seperti sedia ada bagi sistem tol terbuka iaitu di Plaza Tol Ampangan.
Untuk penerangan yang lebih jelas mengenai kadar penuruan tol, sila rujuk kepada jadual di bawah.
Sila layari lawan web KKR di pautan https://www.kkr.gov.my/ms untuk keterangan lanjut mengenai kadar tol baharu bagi Lebuh Raya BESRAYA dan Lebuh Raya LEKAS.