Kadar Khas Bayaran Saman RM50 Bagi Saman 2022 Dan Sebelumnya

Kadar Khas Bayaran Saman RM50 Bagi Kesalahan Trafik Tahun 2022 dan Sebelumnya | Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia ke-10, Dato Seri Anwar Ibrahim telah membuat pengumuman berkenaan tawaran diskaun saman kadar khas RM50 untuk semua saman trafik Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
Setiap saman trafik tertunggak bagi kesalahan pada tahun 2022 dan sebelumnya boleh dilunaskan dengan hanya RM50 sahaja.
Tempoh Kadar Khas Bayaran Saman
Tempoh tawaran Kadar Khas Bayaran Saman ini dijalankan selama sebulan bermula pada 21 April sehingga 21 Mei 2023.
Kaedah Pembayaran
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah menyediakan pelbagai alternatif kaedah pembayaran sepanjang tempoh tawaran ini.
Masyarakat Malaysia Madani boleh membuat pembayaran melalui saluran berikut :
- Aplikasi Mybayar Saman
- Portal – https://mybayar.rmp.gov.my
- Google playstore – https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pdrm.mybayarsamanpdrm
- Apple store – https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016
- Huawei Appstore – https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205
- Semua kaunter bayaran trafik IPK dan IPD (hari bekerja)
- Mesin ATM Maybank seluruh negara
- Semua kaunter pejabat Pos Malaysia
Bagi mereka yang mempunyai saman tertunggak tahun 2022 dan sebelumnya, ambillah kesempatan tawaran ini yang hanya dijalankan dalam tempoh sebulan sahaja. Tawaran ini dapat membantu mengurangkan beban kewangan individu yang mempunyai saman tertunggak.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkenaan tawaran Kadar Khas Bayaran Saman RM50 ini, anda boleh merujuk kepada kenyatan rasmi di media sosial Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Polis DiRaja Malaysia.