Kadar Zakat Fitrah 2023 Mengikut Negeri, Bayar Secara Online

Zakat fitrah pada istilahnya ialah sedekah yang wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan selesainya Ramadan. Perintah menunaikan Zakat Fitrah bermula pada tahun kedua Hijrah, iaitu tahun diwajibkan puasa pada bulan Ramadhan untuk mensucikan orang Islam yang berpuasa dari kata-kata dan perbuatan yang tidak berguna. Zakat Fitrah juga untuk memberi makanan kepada orang-orang miskin dan mencukupkan keperluan dan permintaannya pada Hari Raya 1 Syawal (Aidilfitri).
Kadar zakat fitrah adalah berbeza bagi setiap negeri tertakluk kepada Jawatankuasa Syariah atau Fatwa Negeri masing-masing.
Fatwa Kadar Zakat Fitrah
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-57 bertarikh 10 Jun 2003 telah bersetuju:
1. Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga setempat oleh BERNAS bagi setiap beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.60 kg.
2. Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing bagi beras Vietnam White bagi negeri Sarawak mengikut timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70kg.
Waktu Membayar Zakat Fitrah

Zakat Fitrah dilaksanakan pada waktu khusus dimana terbahagi kepada 5 waktu sebagaimana berikut:
- Waktu wajib: Apabila terbenam matahari di akhir 30 Ramadan sehingga terbit matahari esoknya.
- Waktu afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
- Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
- Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada 1 Syawal.
- Waktu haram: Selepas terbenam matahari 1 Syawal.
Kadar Zakat Fitrah Negeri 1444H/ 2023M
Pembayar zakat fitrah boleh memilih kadar harga mengikut kemampuan atau kadar bayaran dipilih berdasarkan gred atau harga beras yang menjadi makanan harian.
Berikut adalah kadar harga zakat fitrah bagi tahun 2023 mengikut negeri:

Bayar Zakat Fitrah Secara Online
Setiap negeri telah menyediakan platform pembayaran zakat fitrah secara atas talian sepertimana berikut:
- Zakat Johor (MAIJ) https://fitrah.maij.gov.my/
- Lembaga Zakat Selangor https://fpx.zakatselangor.com.my/
- Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) https://zakatfitrah.com.my/
- Pusat Pungutan Zakat Kuala Lumpur (MAIWP) https://fitrah.zakat.com.my/
- Zakat Melaka (izakat) https://www.izakat.com/ui.php
- Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS) https://www.maips.gov.my/
- Masjlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) https://zakat.e-maik.my/
- Pusat Kutipan Zakat Pahang https://ezakat.muip.gov.my/appZv1/
- Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) https://www.zakatns2u.biz/fitrah/
- Zakat Pulau Pinang (ZPP) https://zakatpenang2u.com/
- e Zakat Perak https://ezakat.maiamp.gov.my/v4/
- Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) https://appszakat.sabah.gov.my/
- Tabung Baitulmal Majlis Islam Sarawak https://www.tbs.org.my/
- Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) https://epay.maidam.gov.my/epay/
Selain itu juga, zakat fitrah boleh dibayar secara atas talian melalui platform perbankan seperti maybank2u.