Kekosongan Jawatan di Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Sebelum atau Pada 21 Jun 2023 | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) seperti berikut :
- Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29) – Kontrak [ Muat Turun Syarat Kelayakan ]
Gaji Permulaan
Gaji permulaan yang lebih tinggi boleh ditetapkan oleh pihak MAIK berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.
Had Umur
- Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 tahun atau 56 tahun; atau
- Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Cara Memohon
- Permohonan hendaklah dibuat melalui link berikut: https://bit.ly/43mB7DL
- Slip Pengesahan Permohonan (klik: https://bit.ly/3nRmBk4) hendaklah dicetak dan dikembarkan bersama RESUME (dibuat secara berasingan) dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan.
- Permohonan hanya akan diproses apabila pemohon menghantar RESUME lengkap beserta salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat-surat berkaitan yang telah disahkan oleh pegawai perkhidmatan gred 41 dan ke atas.
- RESUME lengkap (disertakan gambar berukuran passport) hendaklah mengandungi maklumat berikut: Maklumat Diri, Nombor Kad Pengenalan, Nombor Telefon Bimbit, Maklumat Akademik, Maklumat Ko-Kurikulum, Pengalaman Kerja, Rujukan
- Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima tidak akan dilayan
Alamat Permohonan
Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:
YABrs. Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.
SEBELUM ATAU PADA : 21 JUN 2023
Perkara Am
- Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.