Kerajaan Negeri Pahang telah menyediakan insentif khas pasangan pengantin negeri Pahang kepada anak-anak kelahiran Negeri Pahang.
Insentif ini disediakan kepada pasangan yang mana pengantin lelakinya berpendapatan RM5,000 ke bawah dan tertakluk kepada syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Pahang.
Pemberian insentif ini dapat meringankan beban dan membantu anak Negeri Pahang untuk mendirikan rumah tangga.
Syarat Permohonan Insentif Khas Pasangan Pengantin
Syarat-syarat dan garis panduan yang perlu diikuti oleh pemohon adalah seperti yang berikut:
- Hanya anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini.
- Salah seorang antara pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang.
- Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5000.00 dan ke bawah layak menerima insentif khas ini.
- Pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang bagi perkahwinan di luar Negeri Pahang (Kebenaran Luar Negeri (KBLN).
- Perkahwinan wajib didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah.
- Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang, pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan).
- Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras.
- Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif.
- Setiap permohonan perlu hantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan di buat.
Kriteria pemohon yang tidak layak untuk memohon
- Poligami
- Nikah semula (pasangan yang sama selepas tamat tempoh iddah)
- Nikah tanpa kebenaran
- Kedua pasangan bukan asal Pahang
- Pendapatan lelaki melebihi RM 5,000.00
Dokumen sokongan permohonan
Permohonan mestilah disertakan dengan senarai dokumen berikut:
- 2 Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang).
- 1 Salinan catatan akad nikah pemohon.
- 2 Salinan penyata akaun bank pemohon.
Garis panduan dan cara memohon
- Muat turun borang insentif khas pasangan pengantin Negeri Pahang
- Borang permohonan perlu diisi dengan lengkap
- Lampirkan semua dokumen sokongan yang diperlukan
- Hantar borang permohonan yang lengkap ke Pejabat Agama Islam Daerah tempat permohonan dibuat.
Maklumat lanjut permohonan
Permohon boleh menghubungi talian berikut untuk sebarang pertanyaan:
Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam Pahang
Jabatan Agama Islam Pahang
Tel : 09-42711111
atau pemohon boleh melayari pautan berikut :
https://emunakahat.pahang.gov.my/frmInsentif.php