Keputusan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) Tahun 2022 bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) akan dikeluarkan pada 21 Mac 2023 dan boleh diperolehi dari sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan berkata, seramai 3,667 MBPK dari 730 buah sekolah di seluruh negara telah menamatkan persekolah bagi sesi akademik 2022/2023 dan layak dianugerahi Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM).

Dalam masa yang sama, KPM juga sentiasa komited untuk terus memastikan ekuiti kesamarataan pendidikan terjamin seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Muat turun Surat Pekeliling Ikhtisas KPM dan Garis Panduan PASM di laman rasmi KPM.