Myezycover.com pembiayaan insurans kenderaan Keluarga Malaysia

Penjawat awam termasuk yang berstatus kontrak akan dapat menikmati pembaharuan polisi insurans kenderaan dan cukai jalan yang boleh dibuat tanpa bayaran pendahuluan dan faedah.

Kerajaan pertama kali melalui inisiatif kepada penjawat awam secara digital dengan melancarkan pembiayaan insurans kenderaan Keluarga Malaysia yang dikenali sebagai myezycover.com.

Melalui myezycover.com ini, penjawat awam boleh membuat pembayaran balik pembiayaan secara ansuran sehingga 10 bulan melalui Skim Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) berlandaskan konsep patuh syariah Qardhul Hasan yang merupakan pinjaman tidak melibatkan faedah atau unsur riba selain Nota Perlindungan Insurans diperoleh hanya dalam tempoh lima minit.

Pembiayaan insurans ini akan memberi manfaat khas kepada 1.6 juta penjawat awam dan akan diperluaskan kepada kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan sektor swasta dalam masa terdekat.

Apa itu myezycover.com?

Myezycover adalah jenama di bawah naungan A Tech Insure Sdb Bhd. Sebuah firma aplikasi digital teknologi insurans yang terlibat dalam industri takaful am dan insurans am.

Mengapa pilih myezycover.com?

Berikut adalah sebab utama kenapa perlu pilih myezycover.com:

  1. Ezy cara pembayaran.
  2. Pinjaman sifar faedah.
  3. Dapatkan sebut harga dalam 5 minit.
  4. Penjimatan masa.
  5. Penghantaran cukai jalan ke tempat anda.
  6. Tiada caj terselindung.

Cara memperbaharui insurans

Pembiayaan insurans boleh dibuat melalui myezycover.com dengan mengikuti langkah-langkah berikut untuk dapatkan sebut harga:

  1. Layari laman web https://myezycover.com.my/.
  2. Dapatkan sebut harga.
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Dapatkan Sebutharga.’
  4. Semak sebut harga melalui emel anda.
  5. Membuat bayaran.

Maklumat lanjut

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai program pembiayaan menerusi myezycover.com, sila layari laman web https://myezycover.com.my/.