Penetapan harga siling baharu ayam RM9.40 bagi Semenanjung Malaysia

Kabinet harini bersetuju mengambil keputusan untuk tidak mengapungkan harga ayam sebaliknya meneruskan subsidi serta menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia mualai 1 Julai 2022.

Keputusan yang diambil oleh kerajaan ini telah mengambil kira dan diselaraskan dengan BKM yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini melalui bantuan tunai tambahan sebanyak RM500 bagi golongan B40 dan sebahagian golongan M40.

Pada masa sama, jemaah menteri turut bersetuju menetapkan harga siling runcit ayam pada kadar 0.45 sen sebiji bagi gred A, 0.43 sebiji bagi gred B dan 0.41 sen sebiji bagi gred C.

Dengan penetapan harga siling baharu dan pelaksanaan subsidi ini, bermakna kerajaan akan memperuntukkan RM369.5 juta keseluruhannya menjadikan sebanyak RM1.1 bilion sejak 5 Februari 2022.

Keputusan kerajaan menetapkan harga siling baharu hanya berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia sahaja telah mengundang ketidakpuasan hati dalam kalangan rakyat. Berikut adalah antara komen-komen yang dapat dikongsikan melalui facebook MAFI.