Permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi IPTA/ IPTS Lembaga Zakat Selangor

Lembaga Zakat Selangor kini membuka permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi kepada pelajar asnaf fakir, miskin, dan mualaf yang berniat untuk menyambung pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Portal Pendidikan Lembaga Zakat Selangor (MAIS) telah diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada pemohon untuk membuat permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi secara online atas talian.

Berikut dikongsikan syarat-syarat permohonan dan garis panduan kepada pemohon yang berkelayakan.

Jenis bantuan dermasiswa

Pemohon yang layak akan menerima bantuan seperti berikut:

  • Surat Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (Yuran Pengajian)
  • Bantuan Persediaan Masuk IPT
  • Bantuan Keperluan Pendidikan (BKP) merangkumi;
    – Wang Saku
    – Penginapan
    – Elaun Buku

Syarat-syarat permohonan bantuan

  1. Berdaftar sebagai asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf di Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
  2. Mendapat tawaran pengajian di Panel Pusat Pengajian Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
  3. Memenuhi syarat dan kriteria bantuan yang ditetapkan oleh LZS bagi Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (BDPT).

Cara-cara memohon

  1. Layari pautan laman web https://www.zakatselangor.com.my/pendidikan/
  2. Klik butang ‘Mohon Bantuan Pendidikan Di Sini.’
  3. Daftar dan lengkapkan maklumat yang diperlukan
  4. Muatnaik dokumen lampiran yang diperlukan
  5. Hantar permohonan sekiranya sudah selesai mengisi maklumat lengkap
  6. Semakan permohonan boleh dibuat bermula daripada tempoh 6 hari bekerja
  7. Terima tawaran penajaan
  8. Sekiranya berjaya, sila cetak surat Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi dan anda boleh mendaftar di Pusat Pengajian sebagai pelajar tajaan LZS

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai bantuan, pemohon boleh pemohon boleh menghubungi Talian Zakat Selangor 1300-88-4343.