Permohonan Bantuan Industri Kecil Sederhana (BAIKS) Negeri Sabah 2022

Bantuan Industri Kecil Sederhana (BAIKS) merupakan salah satu inisiatif Kerajaan untuk merangsang pertumbuhan industri kecil dan sederhana (IKS) di Negeri Sabah. Program ini bertujuan untuk membina kapasiti, daya tahan dan daya saing usahawan IKS di Negeri Sabah melalui bantuan dalam bentuk geran seperti mesin dan kelengkapan, pembungkusan, peningkatan syarikat enterprise dan e-dagang.
Pengusaha IKS di Sabah yang memerlukan modal dan dalam masa yang sama berminat untuk mengembangkan perniagaan boleh memohon bantuan ini secara atas talian melalui kemudahan yang disediakan oleh Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan.
Pemohon yang pernah menerima BAIKS sebelum ini juga boleh memohon dengan syarat hendaklah memohon dalam kategori yang berlaian daripada bantuan yang diterima sebelum ini.
Permohonan ini dibuka sehingga 20 Julai 2022 (Rabu).
Jenis-jenis bantuan
- Mesin dan peralatan
- Pembungkusan
- E-dagang/ digital
- Francais
Syarat dan kriteria permohonan
- IKS dari sektor pembuatan.
- Mempunyai Lesen Perniagaan yang sah.
- Pemohon hendaklah warganegara Malaysia berasal dari Sabah.
- Perniagaan yang beroperasi di Sabah sahaja.
- Keutamaan kepada syarikat yang mempunyai premis.
- Memberi perhatian kepada petunjuk prestasi seperti jualan, kapasiti pengeluaran, premis perniagaan, bilangan pekerja, persijilan dan kualiti pembungkusan.
- Usahawan yang pernah mendapat bantuan tidak dibenarkan untuk memohon dalam kategori yang sama tetapi dibenarkan untuk memohon dalam kategori yang berlainan.
Jenis perniagaan yang layak memohon
- Semua syarikat IKS dalam SEKTOR PEMBUATAN yang melibatkan produk makanan berbungkus, bukan makanan dan kraftangan
- Permohonan bantuan pembelian bahan mentah dan modal pusingan tidak akan dipertimbangkan.
- Bantuan ini tidak merangkumi kategori pelancongan, penjaja, petani, nelayan dan penternak.
- Permohonan dari kategori professional dan kontraktor tidak akan dipertimbangkan.
Cara memohon
Pemohon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan seperti yang dinyatakan di atas boleh memohon secara atas talian dengan melayari laman web berikut:
Maklumat lanjut
Untuk sebarang pertanyaan lanjut berhubung bantuan, pemohon boleh menghubungi:
Jabatan Pembangunan Perindusrian dan Penyelidikan Sabah
Tingkat 1, 5, 7 & 8,
Blok C Wisma Tun Fuad Stephens Karamunsing,
88300 Kota Kinabalu,
SABAH
Telefon: 088-253445 (Tingkat 1)/ 088-215035 (Tingkat 8)/ 088-213701
Emel: didr@sabah.gov.my