Permohonan Bantuan Kasih Bangsa Johor (BKBJ) 2022 RM300 Kepada Nelayan Darat dan Nelayan Laut

Menerusi pengumuman insentif khas Bantuan Kasih Bangsa Johor (BKBJ) 2022 oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada April lepas, antara yang menerima manfaat daripada bantuan ini adalah golongan nelayan laut dan nelayan darat.
Kerajaan Negeri Johor memperuntukkan sebanyak 3.38 juta dengan sasaran penerima sebanyak 11,267 orang. Bantuan ini diberi kepada nelayan laut dan darat yang layak serta berdaftar dengan Jabatan Perikanan Negeri Johor.
Berita baik buat nelayan laut dan nelayan darat yang masih belum memohon bantuan ini, Jabatan Perikanan Negeri Johor memaklumkan bahawa tarikh permohonan telah dilanjutkan ke 16 Jun 2022.
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan adalah sebanyak RM300.
Syarat Kelayakan Memohon
Nelayan laut dan nelayan darat yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Negeri Johor adalah layak untuk memohon.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat dengan mendapatkan borang permohonan di semua Pejabat Perikanan Daerah yang berdekatan.
Berikut adalah pautan link lokasi Pejabat Perikanan Daerah yang berdekatan yang boleh dirujuk. https://www.dof.gov.my/hubungi-kami/lokasi-pejabat-perikanan-daerah/.
Dokumen Sokongan
Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Perikanan Daerah Kawasan lesen didaftarkan dengan mengemukakan dokumen berikut:
- Kad Pengenalan bagi tujuan verifkasi;
- Borang permohonan yang lengkap
- Salinan MyKad Biru yang disahkan
- Salinan lesen vesel dan peralatan menangkap ikan / lessen menangkap ikan darat yang sah tempoh
- Salinan Kad Nelayan yang sah tempoh (bagi nelayan laut sahaja)
- Penyata akuan yang aktif dan disahkan oleh bank berkenaan
- Lain-lain dokumen sokongan (jika perlu)