Permohonan bantuan motosikal percuma #BIZRIDER300, terhad kepada 300 unit sahaja

BIZRIDER300 telah diperkenalkan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) selalu syarikat GLC Negeri Sabah bagi memberi peluang kepada golongan miskin dan belia menganggur agar dapat meningkatkan pendapatan dengan melibatkan diri dalam sektor penghantaran.

Bantuan yang ditawarkan terhad kepada 300 unit sahaja. Kepada pemohon yang layak dan berjaya akan mendapat bantuan motosikal dan dijamin pekerjaan dengan FoodPanda.

Kepada anda yang berminat, berikut dikongsikan info yang boleh dijadikan panduan semasa memohon bantuan ini.

Sumber Gambar : Facebook SEDIA SABAH

Kemudahan bantuan BIZRIDER300

Pemohon yang layak akan mendapat manfaat bantuan ini dengan memperolehi:

  1. Motosikal
  2. Jaminan pekerjaan dengan FoodPanda

Syarat kelayakan pemohon

  • Belia Sabah (Lelaki dan Perempuan)
  • Mereka yang berumur antara 18-40 tahun
  • Memiliki lesen B2 atau P
  • bermastautin/ menetap di Negeri Sabah
  • Mempunyai rekod bersih (kesihatan, rekod jenayah, JPJ)
  • Keutamaan kepada bumiputera dan golongan B40

Tarikh permohonan

Tarikh tutup permohonan dilanjutkan sehingga 5 Julai 2022

Cara memohon

Pemohon yang layak dan memenuhi syarat boleh memohon dengan mengisi borang yang boleh diperolehi melalui pautan berikut:

Borang permohonan #BIZRIDER300

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai bantuan, pemohon boleh menghubungi talian berikut:

088-418999 (8.00 pagi – 5.00 petang)