Permohonan bantuan peralatan perniagaan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kini telah membuka tawaran bantuan peralatan perniagaan. Bantuan ini terbuka kepada semua asnaf fakir dan miskin di negeri Melaka. Antara bentuk peralatan perniagaan adalah seperti khemas, mesin jahit, kerusi, meja lipat dan sebagainya.
Jumlah permohonan adalah antara RM500.00 sehingga RM10,000.00 tertakluk kepada syarat dan kelulusan. Pemohon yang berjaya tidak perlu membayar balik kepada MAIM dan tawaran permohonan ini dibuka sepanjang tahun.
Kepada pemohon yang berkelayakan, berikut dikongsikan syarat-syarat dan cara untuk memohon bantuan ini.

Syarat permohonan
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Melaka tidak kurang dari (2) dua tahun dan masih menetap di Melaka
- Asnaf Fakir dan Miskin di Negeri Melaka
- Pendapatan kurang / tidak melebihi pengiraan Had al-Kifayah yang ditetapkan oleh MAIM
Cara memohon
Pemohon yang layak boleh mendapatkan borang permohonan di Pusat Islam, Pejabat Cawangan Agihan Zakat dan Pejabat Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM.
Dokumen yang diperlukan
Dokumen utama:
- Borang permohonan (Borang Bantuan Am MAIM)
- Salinan Kad Pengenalan Malaysia
- Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang lengkap dan masih aktif
- Pengesahan Pendapatan Bulanan (Yang telah disahkan)
- Salinan Penyata Bank (Bank yang masih aktif)
- Sebut Harga Alat Perniagaan
Dokumen Sokongan:
- Gambar Perniagaan/ Produk Jualan
- Kertas Kerja Perniagaan
- Rekod Aliran Perniagaan (Dalam format Buku Lejar)
Makluman kepada pemohon
- Jumlah kelulusan tertakluk pada sebut harga pemohon dan kelulusan MAIM.
- Permohonan akan diproses setelah menerima dokumen keutamaan yang lengkap.
- Bantuan akan disalurkan setelah mendapat keputusan kelulusan dari pegawai dan mesyuarat (tempoh siasatan berdasarkan 14 hari waktu bekerja)
Maklumat lanjut
Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai permohonan, pemohon boleh menghubungi:
SEKSYEN PEMBANGUNAN INSAN,
BADAN SUKARELAWAN AL-TAQWA,
No B-3 Jalan PNBB Seksyen 2,
Bukit Baru 75150 MELAKA.
06-286 8109 / 011-5891 4140