Permohonan jawatan kosong bagi Kumpulan Pengurusan Profesional & Pelaksana UTM Johor Bharu

Bertunjangkan falsafah “Inovatif.Entrepreneurial.Global”, segala perkhidmatan yang dijalankan di UTM kepada masyarakat membuatkan UTM berbeza daripada yang lain.
Pihak UTM sangat memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi bagi sama-sama menerokai teknologi baharu dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti dan Negara.
Selaras dengan hasrat ini, pihak UTM mempelawa kepada calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bagi Kumpulan Pengurusan Profesional & Pelaksana di UTM Johor Bharu.
Berikut adalah perkongsian maklumat berkenaan jawatan kosong dan panduan permohonan.
Senarai jawatan kosong UTM Johor Bharu 2022
Slik klik pada setiap jawatan di bawah dan memuat turun maklumat untuk mengetahui syarat-syarat lanjut:
- PEGAWAI PENYELIDIK (GRED Q41) – (TETAP)
- PENOLONG ARKITEK LANDSKAP (GRED JA29) – (TETAP)
- PENOLONG JURUTERA (GRED JA29) – (TETAP)
- PENOLONG JURUUKUR BAHAN (GRED JA29) – (TETAP)
- JURURAWAT (GRED U29) – (KONTRAK)
- PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) (GRED W19) – (TETAP/KONTRAK)
- PEMBANTU AWAM (GRED H11) – (TETAP)
- PEMANDU KENDERAAN (GRED H11) – (TETAP)
Tarikh permohonan
Iklan permohonan dibuka pada 19 Jun 2022 (Ahad) sehingga 3 Julai 2022 (Ahad) jam 5 petang

Garis panduan permohonan
- pengguna digalakkan menggunakan browser Mozilla dan Google Chrome bagi paparan terbaik)
- Sila baca dengan teliti syarat-syarat dan panduan sebelum memohon
- katalaluan dan pembayang kataluan perlulah ringkas, dirahsiakan dan mudah diingat
Cara memohon jawatan
- Layari pautan https://mohonjawatan.utm.my/lantikan/ untuk permohonan online
- Log masuk bagi pengguna sedia ada
- Sekiranya calon pengguna baharu, sila daftar akaun terlebih dahulu
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan hantar
Kaedah bayaran dan pembayaran
- Pembayaran dikenakan sebanyak RM20.00 bagi setiap jawatan yang diphon
- Hanya permohonan berstatus ‘PAY’ sahaja akan diproses
- Pembayaran boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu FPX (Financial Process Exchange) caj tambahan RM0.50 bagi setiap transaksi dan kad kredit (tiada caj tambahan).
Maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan jawatan kosong, calon boleh menghubungi:
Pn Izyan : 07- 5531192 / 016-7121487
Cik Syafiqa : 07-5531228 / 011-5981 9192
[email protected]
Ahad hingga Rabu (8 pagi hingga 5 petang)
Khamis (8 pagi – 3.30 petang)
Seksyen Perjawatan dan Kenaikan Pangkat,
Bahagian Sumber Manusia,
Jabatan Pendaftar,
UTM Johor Bahru.