Permohonan kemasukan ke Tingkatan Enam (6) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2022 – KISAS & SMAP Labu

Kerajaan menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan melalui RMK-2 (1975-1980) telah memberi penekanan kepada keperluan tenaga kerja dalam bidang sains dan teknologi serta penekanan kepada perkembangan sekolah berasrama penuh (SBP).
Justeru, SBP telah diwujudkan bagi menyediakan suasana persekolahan yang terancang, terkawal dan kondusif bagi mengembangkan potensi murid yang cemerlang ke arah melahirkan modal insan berkualiti.
Dalam masa yang sama, SBP turut memainkan peranan penting bagi mengembangkan tunas bakat terbaik negara dan mendemokrasikan pendidikan berkualiti kepada segenap lapisan masyarakat Malaysia yang sepadan dengan cabaran global.
Permohonan kemasukan ke Tingkatan Enam (6) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2022 – KISAS & SMAP Labu
Merujuk maklumat daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), permohonan untuk kemasukan ke tingkatan 6 di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAP Labu) bagi tahun 2022 kini telah dibuka permohonan. Kepada para pelajar lepasan SPM 2021 yang berkelayakan boleh memohon secara atas talian bermula 22 Jun 2022.
Sebagai garis panduan kepada pemohon, berikut dikongsikan beberapa langkah yang perlu diikuti semasa membuat permohonan.

Syarat kemasukan
- Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 17 tahun dan lebih daripada 20 tahun semasa tarikh memohon
- Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Mendapat keputusan kepujian atau sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran berikut:
– Bahasa Melayu;
– Bahasa Arab dan
– Pendidikan Islam/ Pendidikan Syari’ah Islamiah/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Usul Al-Sin/ Al-Syariah/ Manahij Al-‘Ulum Al Islamiah/ Turath Al-Quran dan Al-Sunnah / Turath Dirasat Islamiah - Jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit untuk tiga mata pelajaran terbaik
Cara memohon
Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://moe.bpsbp.edu.my/PERMOHONANT6SBP2022
Tarikh permohonan
Bermula pada 22 Jun 2022 (Rabu) sehingga 30 Jun 2022 (Khamis)
Permohonan rayuan
Pemohon yang tidak berjaya boleh mengemukakan surat rayuan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh melalui emel pengarah.bpsbp@moe.gov.my bermula 4 hingga 18 Julai 2022.
Maklumat lanjut
Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai tawaran, pemohon boleh menghubungi:
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh
03-8321 7400
pengarah.bpsbp@moe.gov.my