Permohonan menyertai Program GENIUS Negara di Pusat Anak GENIUS Negara seluruh Malaysia

Ibu bapa yang mempunyai anak berumur empat tahun dan ke bawah dipelawa untuk menyertai Program GENIUS Negara di Pusat Anak GENIUS Negara (PAGN) bagi sesi 2023.

Program GENIUS Negara merupakan salah satu daripada 7 program yang terdapat dibawah Bahagian GENIUS Kementerian Malaysia.

Melalui program ini, kanak-kanak akan diajar dengan cara mengguna kelima-lima deria menerusi proses memerhati, meniru, meneroka, cuba jaya dan mengaplikasikan terhadap persekitaran berpandukan kurikulum bersepadu asas asuhan lengkap dan pendidikan awal yang holistik.

program genius
Sumber foto : Facebook Bahagian GENIUS KPM

Keistimewaan program

  1. Merupakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang holistik dan menyeluruh
  2. Menggunakan kurikulum yang mengintegrasikan secara bersepadu asas asuhan lengkap dan asas awal yang holistik
  3. Menggunakan pedagogi belajar melalui bermain
  4. Menekankan konsep 3E iaitu meneroka, mengeksperimen dan mengalami (Exploring, Experimenting and Experiencing)

Syarat kemasukan

  1. Warganegara Malaysia (anak)
  2. Berumur 4 tahun ke bawah
  3. Ibu bapa berpendapatan isi rumah di bawah RM4,000.00 adalah diberi keutamaan

Dokumen sokongan

  1. Salinan surat beranak
  2. Salinan MyKid anak
  3. Salinan buku kesihatan anak (muka hadapan dan rekod vaksin)
  4. Salinan kad pengenalan ibu bapa / penjaga yang disahkan
  5. Surat pengesahan tidak bekerja ibu bapa / penjaga (sekiranya bekerja sendiri)

Tarikh permohonan

Tarikh permohonan bermula 1 Jun 2021 sehingga 30 September 2022

Cara memohon

  1. Ibu bapa yang berminat perlulah melengkapkan borang permohonan yang boleh di muat turun melalui pautan borang permohonan PAGN.
  2. Borang permohonan yang lengkap dihantar ke Pusat Anak GENIUS Negara yang ingin dimohon.

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai permohonan, ibu bapa boleh menghubungi Bahagian GENIUS, KPM di talian 03-8880 5151 (HQ) dan juga melayari laman web KPM di pautan link moe.gov.my.