Permohonan Program Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK Tahun 2023

Permohonan Program Biasiswa Zamalah Pendidikan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bagi tahun 2023 kini dibuka bermula 1 April.
Untuk makluman pemohon, Program Biasiswa Zamalah Pendidikan (BZP) merupakan program penajaan berbentuk biasiswa kepada para pelajar khususnya anak jati Negeri Kelantan yang telah menerima tawaran dan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam atau swasta sama ada di semester pertama dan seterusnya untuk membantu para pelajar melanjutkan pengajian di pelbagai peringkat pengajian di dalam negara sahaja.

Tarikh Permohonan
Permohonan dibuka bermula 1 April 2023 sehingga 22 April 2023
Syarat-syarat Umum
- Terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM.
- Merupakan warganegara Malaysia yang lahir (peranakan negeri Kelantan) dan bermastautin tetap di Kelantan.
- Terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.
- Melepasi had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.
- Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.
- Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan.
- Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian dari mana – mana institusi tempatan (keutamaan kepada IPTA).
Syarat-syarat Khusus (Kelayakan Akademik)
Sijil Kemahiran
- SKM yang diiktiraf oleh MLVK perlu sekurang-kurangnya telah/sedang menduduki tahap 2 ATAU
- Sijil Kemahiran lain perlu sekurang-kurangnya lulus SPM
Diploma
- PNGK 3.5 pada semester 1 dan seterusnya ATAU
- Berkelulusan SPM dengan sekurang-kurangnya gred 3A (tiada gred C dan ke atas ) 7 kredit.
Ijazah Sarjana Muda
- PNGK 3.0 ke atas pada semester 1 dan seterusnya ATAU
- Diploma PNGK 3.5 ke atas ATAU
- STPM dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0 ke atas ATAU
- STAM yang setara dengan STPM ATAU
- Matrikulasi / Asasi Sains / Asasi Universiti berkenaan dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0.

Bidang Pengajian
Tidak terhad pada mana-mana bidang yang bermanfaat (𝘽𝙞𝙙𝙖𝙣𝙜 𝙥𝙚𝙧𝙪𝙗𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙢𝙚𝙣𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙠𝙚𝙪𝙩𝙖𝙢𝙖𝙖𝙣)
Tempat Pengajian
Institusi tempatan sahaja dan tertakluk kepada surat tawaran.
Cara Permohonan
- Secara atas talian dengan klik pada pautan http://eagihan.e-maik.my/
- Perkhidmatan KIOKS dan mesin pengimbas disediakan di aras bawah Unit Agihan Zakat MAIK dan seluruh Masjid Bandar Negeri di Kelantan di bawah kod 21124- Program Biasiswa Zamalah Pendidikan (BZP) MAIK
Dokumen-dokumen Diperlukan
- Salinan Surat Beranak dan Kad Pengenalan pemohon/pasport (sekiranya berkaitan).
- Salinan Kad Pengenalan Ibu bapa/penjaga.
- Surat Beranak/Mykid/ Kad Pengenalan tanggungan ibu bapa/penjaga.
- Slip gaji/pencen/surat pengesahan pendapatan ibu bapa/penjaga (jika tidak bekerja/bekerja sendiri).
- Sijil/Slip keputusan peperiksaan SMU, SPM, STAM, STPM/keputusan peperiksaan terakhir (bagi yang sedang menuntut di Institusi Pengajian).
- Salinan Surat Tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian (SKM/Diploma/ Ijazah Dalam Negara)/ Surat Pengesahan pengajian terkini.
- Salinan sijil-sijil kegiatan luar/ko kurikulum (sekiranya ada)
- Salinan sijil-sijil yang berkaitan.
- Salinan penyata akaun bank terkini dan aktif.
- Borang pengesahan maklumat pemohon. (Dicetak setelah selesai mengisi permohonan)
Maklumat Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut berkaitan Program Biasiswa Zamalah Pendidikan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), sila hubungi 09-7421519 atau menghantar email ke info[email protected]. Pemohon juga boleh layari laman sesawang MAIK untuk info lanjut.