Permohonan Projek Pertanian Negeri Kelantan bagi tahun 2023 kini telah dibuka. Projek pertanian ini diselaraskan oleh Jabatan Pertanian Negeri Kelantan dalam usaha meningkatkan hasil pertanian di Negeri Kelantan.
Sehubungan itu, para usahawan dan usahawan tani terutamanya di Negeri Kelantan adalah dialu-alukan untuk memohon Projek Pertanian 2023 yang ditawarkan ini. Pejabat Pertanian Jajahan yang terlibat akan menghubungi pemohon yang berjaya.
Berikut adalah perkongsian lanjut mengenai permohonan ini.
Projek Pertanian 2023
Projek pertanian ini melibatkan projek-projek sebagaimana berikut:
Pembangunan Tanah Terbiar
Pembangunan Industri Padi
Pembangunan Industri Pelbagai Komoditi
Pembangunan Industri Kecil & Sederhana Berasaskan Pertanian dan Aktiviti Hiliran
Pembangunan Usahawan Tani
Projek Pembangunan Tanaman Buah-buahan Jangka Panjang
Projek Pembangunan Tanaman Buah-buahan Jangka Pendek
Projek Pembangunan Tanaman Sayuran
Pembangunan Industri Tanaman Kelapa
Projek Peningkatan Pendapatan Pesawah Luar Jelapang (B40)
Projek Pembangunan Industri Cendawan
Pembangunan Tanaman Makanan Ternakan
Program Pembangunan Pertanian Komuniti
Program Pembangunan Tanaman Herba
Syarat-syarat permohonan
Pemohon yang berminat hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
Berumur melebihi 18 tahun
Mempunyai tanah sesuai sekurang-kurangnya 0.40HA (1 ekar)
Mempunyai geran/ surat perjanjian/ surat kebenaran mengusahakan tanah
Jika pernah mendapat bantuan projek pertanian sebelum ini, bantuan boleh dibuat selepas 3 tahun jika terdapat keperluan
Permohonan industri kecil dan sederhana mestilah dibuat di premis yang berasingan dengan rumah kediaman
Borang permohonan perlu mendapat sokongan daripada penghulu mukin kawasan projek
Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke Pejabat Pertanian Jajahan bersama salinan kad pengenalan, salinan geran tanah/ surat kebenaran
Cara-cara memohon
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti semasa membuat permohonan:
Hantar permohonan yang lengkap ke Pejabat Pertanian Jajahan berhampiran
Dokumen sokongan yang diperlukan
Salinan kad pengenalan
Salinan Geran/ Surat Kuasa/ Resit Bayaran Cukai/ Surat Perjanjian
Salinan permit pekerja asing (jika berkenaan)
Tarikh tutup permohonan
Permohonan hendaklah dibuat sebelum 15 September 2023
Senarai Pejabat Pertanian Jajahan:
Bachok : 09 – 7788 267
Jeli : 09 – 944 0337
Gua Musang : 09- 912 1230
Kota Bharu : 09 – 746 2932
Kuala Krai : 09 – 966 6192
Pasir Mas : 09 – 790 9137
Machang : 09 – 975 1381
Pasir Puteh : 09 – 786 6097
Tanah Merah : 09 – 955 6337
Tumpat : 09 – 725 7343
Lojing : 09 – 922 1963
Maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai permohonan Projek Pertanian 2023, sila hubungi pihak Jabatan Pertanian Negeri Kelantan di talian 09-744 2400 dan juga layari laman web jabatan https://jpkn.kelantan.gov.my.