Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) merupakan program di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi memenuhi keperluan rakyat yang memerlukan rumah kediaman.
Antara objektif utama program ini diwujudkan adalah untuk membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM 5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Rumah Mesra Rakyat telah mendapat peruntukan sebanyak RM358 juta melibatkan pembinaan 4,520 unit kediaman dalam Bajet 2023. Dengan adanya program seumpama ini dapat membuka peluang kepada mereka memiliki rumah kediaman sendiri dengan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Kaedah Pelaksanaan dan Ciri-ciri Rumah Mesra Rakyat
Bantuan ini akan diberikan dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000 dan pembinaan rumah juga akan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan sebagaimana di bawah:
Syarat-syarat Kelayakan Untuk Memohon Rumah Mesra Rakyat
Terdapat beberapa syarat untuk dipenuhi sebelum memohon Rumah Mesra Rakyat seperti di bawah:
Warganegara Malaysia.
Pemohon berumur 18 sehingga 65 tahun.
Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000.
Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri/ atau memiliki rumah usang/ tidak sempurna.
Tanah/ tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
Klik pendaftaran baru (isi borang pendaftaran login dengan lengkap)
Lengkap dan hantarkan borang secara online (cetak borang setelah lengkap mengisi permohonan)
Hantar borang yang lengkap diisi beserta semua dokumen diperlukan kepada pejabat SPNB berdekatan.
SPNB akan menilai dan akan memberi maklum balas dalam tempoh 3 bulan sama ada pemohon berjaya atau tidak (tertakluk kepada peruntukan tahunan).
Dokumen-dokumen Yang Diperlukan:
Antara dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
Salinan kad pengenalan tuan tanah.
Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*.
Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*.
Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
Salinan sijil nikah pemohon.
Borang laporan tapak bergambar.
Nota
Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A.
SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.
Format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB.
Keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.
Rekabentuk Rumah Mesra Rakyat
Berikut adalah contoh-contoh rekabentuk Rumah Mesra Rakyat yang ditawarkan:
Tanggungjawab Pemohon Sekiranya Diluluskan
Perlu mengisi dan melengkapkan borang permohonan.
Perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan.
Perlu menyediakan sumber bekalan air dan elektrik.
Perlu membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan.
Perlu membuka akaun bank bagi pembayaran balik bulanan.
Keterangan Lanjut
Untuk keterengan lanjut berkenaan Rumah Mesra Rakyat, sila lawati laman sesawang https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat/ atau hubungi mana-mana cawangan SPNB di Negeri anda.