Permohonan Tawaran Program Protege-GEES Petronas, terima elaun RM2,000 sebulan

Skim Peningkatan Kebolehpasaran Graduan (GEES) PETRONAS adalah bertujuan meningkatkan kebolehpasaran graduan baharu sama ada untuk menceburkan diri dalam bidang pekerjaan ataupun menubuhkan perniagaan sendiri selepas mengikuti program ini.

GEES menyokong program Kementerian Kewangan menerusi inisiatif MySTEP yang menyediakan latihan dan penempatan jangka masa pendek di sektor awam, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya.

Di bawah MySTEP, GLC termasuk PETRONAS mengambil bahagian dalam inisiatif yang ditawarkan seperti Penjana Kerjaya 2.0 atau Program Profesional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ).

Yayasan Petronas kini membuka tawaran Program Protege GEES Petronas kepada graduan yang baru menamatkan pengajian untuk memasuki alam pekerjaan. Program ini dapat memberi peluang baik kepada graduan mencari pengalaman sebagai persiapan memasuki alam pekerjaan yang sebenar.

Berikut dikongsikan syarat-syarat bagi pemohon yang berkelayakan yang ingin memohon tawaran program ini.

Info program

Nama Program : PETRONAS MySTEP – PROTEGE GEES PROGRAMME
Pengambilan : Ogos 2022
Tempoh Program : 12 bulan
Kaedah Program : On The Job Training

Manfaat program

Antara manfaat yang akan diperolehi bagi pemohon yang berjaya mengikuti program ini adalah:

  1. Elaun bulanan sebanyak RM2,000 (termasuk SOCSO dan EPF).
  2. Latihan soft-skills
  3. Insuran kemalangan peribadi
  4. Cuti tahunan selama 12 hari

Syarat-syarat permohonan

Graduan yang berminat untuk memohon program ini perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut:

  1. Warganegara Malaysia dan berumur tidak lebih daripada 26 tahun
  2. Memegang Ijazah Sarjana Muda dengan minimum CGPA 3.0
  3. Tidak bekerja atau sedang bekerja dalam bidang yang tidak berkaitan dengan bidang pengajian
  4. Tidak mengikuti program yang sama dianjurkan oleh mana-mana GLC/ syarikat lain

Bidang pengajian yang diperlukan

Berikut adalah antara bidang pengajian yang dicari oleh Petronas bagi mengikuti program ini:

  1. Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan
  2. Sains Aktuari
  3. Pentadbiran Perniagaan
  4. Multimedia dan Komunikasi
  5. Sumber Manusia
  6. Undang-undang

Cara memohon

Graduan yang berminat boleh menghantar Curriculum Vitae (CV) kepada pihak Yayasan Petronas melalui emel [email protected].

Tarikh permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah 31 Julai 2022

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaa lanjut mengenai tawaran, pemohon boleh melayari pautan laman web https://www.yayasanpetronas.com.my.