Portal Rumah Siswa telah dibangunkan dan dilancarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi membantu mahasiswa mencari rumah sewa di luar kampus.
Menurut menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata portal ini merupakan antara tiga inisiatif utama dalam Agenda Rumah Sewa Siswa bagi menangani isu pengurusan dan keselamatan mahasiswa yang tidak memperoleh kemudahan penginapan dalam kampus.
Dalama masa sama, portal iini dapat memastikan wujudnya pengkalan data melibatkan pelajar luas kampus merangkumi aspek lokasi penginapan, kemudahan yang diperoleh, jarak akses kemudahan universiti serta aspek keselamatan pelajar tersebut.
Portal ini merupakan platform khas yang dibangunkan bagi membantu pelajar luar kampus dalam urusan sewa penginapan serta bertujuan untuk memastikan bahawa pelajar tidak teraniaya apabila berurusan dengan tuan rumah. Selain itu juga, pelajar dapat membuat persediaan dan pilihan untuk mencari rumah sewa dengan lebih mudah dan teratur.
Berikut adalah antara 20 buah IPTA utama di seluruh negara yang terlibat:
Untuk mendaftar rumah sewa siswa, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
Untuk sebarang pertanyaan lanjut berhubung pendaftaran Portal Rumah Siswa, sila layari laman web https://rumahsiswa.mohe.gov.my/.