PUSPAKOM Tawar Pemeriksaan Kenderaan Percuma Sempena Aidilfitri

Siapa yang tidak mahu pemeriksaan kereta secara percuma dan berpeluang menang hadiah lagi bukan? Berita baik kepada semua pemilik kenderaan persendirian, kini PUSPAKOM menawarkan pemeriksaan kenderaan sukarela secara percuma sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

PUSPAKOM menawarkan inisiatif #drivesafenoregrets mulai pada 10 April sehingga 20 April 2023. Tujuan program ini adalah bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan tahap terbaik sebelum memulakan perjalanan sempena menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Apa yang lebih menarik adalah pihak PUSPAKOM akan memberi layanan VIP kepada anda di mana anda boleh hadir ke cawangan-cawangan PUSPAKOM tanpa perlu membuat temujanji terlebih dahulu malah akan diberi keutamaan.

Aspek Pemeriksaan

Berikut adalah antara aspek-aspek yang diperiksa:

  1. Sistem brek
  2. Lampu
  3. Tayar
  4. Cermin gelap
  5. Pelincir sisi
  6. Asap
  7. Bahagian bawah dan atas kenderaan

Lokasi Cawangan PUSPAKOM

Anda boleh hadir ke semua cawangan PUSPAKOM untuk membuat pemeriksaan secara percuma kecuali cawangan Taman Bukit Maluri, Shah Alam dan Pasir Gudang.

Tarikh dan Masa Pemeriksaan Percuma PUSPAKOM

Perkhidmatan ini ditawarkan mulai 10 April hingga 20 April 2023 dan masa pemeriksaan adalah bermula pada jam 9 pagi sehingga 4 petang.

Nak Menang Hadiah?

Jawab 2 soalan mudah dengan betul dan anda berpeluang menerima baucar KFC bernilai RM100!
Marilah layari pautan berikut untuk menyertai Peraduan Jawab & Menang! https://docs.google.com/…/1FAIpQLSfLHwdvrki…/viewform…

Keterangan Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan terkini, sila ikuti facebook PUSPAKOM.