Rayuan Haji 1444H/2023 Melalui THiJARI

Rayuan haji bagi tahun 1444H/2023M boleh dibuat mulai hari ini 27 Mac 2023 (Isnin) secara atas talian melalui laman web dan aplikasi THiJARI. Dengan kaedah ini, pendeposit tidak perlu lagi membuat surat rayuan atau pergi beratur di kaunter mana-mana cawangan TH bagi membuat rayuan haji.
Pihak TH telah pun mengeluarkan Surat Tawaran Haji kepada 31,600 jemaah bermula pada hari Rabu 22 Mac secara berperingkat. Bakal haji terpilih boleh menyemak tawaran haji melalui THiJARI. Namun, bagi yang belum mempunyai rezeki untuk terpilih menunaikan haji pada tahun ini, anda masih boleh membuat rayuan mulai hari ini.
Cara Rayuan Haji 1444H/2023M Melalui THiJARI
Bagi semua urusan haji termasuk rayuan haji, boleh dibuat secara atas talian menerusi laman web dan aplikasi THiJARI.
- Anda perlu mendaftar akaun THiJARI terlebih dahulu jika belum membuat demikian. Sekiranya anda belum mendaftar akaun THiJARI, anda boleh semak cara untuk mendaftar akaun THiJARI di https://www.tabunghaji.gov.my/ms/simpanan/perkhidmatan/thijari
- Bagi yang sudah mendaftar, buka aplikasi THiJARI anda, atau layari portal rasmi THiJARI di https://www.thijari.com.my/. Sila log masuk dan klik pada pilihan menu Pekhidmatan Haji
- Kemudian klik pada Rayuan Haji
- Seterusnya klik pada Permohonan Rayuan Haji dan klik berikutnya
- Pastikan anda baca dengan teliti garis panduan pengurusan rayuan menunaikan fardu Haji. Seterusnya klik Saya Faham.
- Selanjutnya anda dikehendaki untuk memasukkan nombor akaun Tabung Haji dan nombor kad pengenalan bakal haji
- Pastikan anda faham soalan yang diberikan. Pilih ya atau tidak serta klik Akad (Perakuan Istito’ah)
- Klik hantar untuk kemukakan rayuan
- Akhir sekali, muat turun Surat Akuan Terima Rayuan Bakal Haji untuk simpanan dan rujukan anda.
Untuk panduan anda boleh rujuk video penerangan berikut :
Syarat Rayuan Haji 1444H/2023M
Sebelum anda membuat rayuan haji, anda perlu memenuhi kriteria syarat bagi menunaikan haji yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi bagi musim haji 1444/2023 seperti berikut :
- Kesihatan. Individu sihat tanpa risiko kesihatan
- Had umur. Tiada had umur maksima
- Vaksin. Telah lengkap suntikan vaksin meningococcal & covid-19
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan TH, sila lawati www.tabunghaji.gov.my atau
- Facebook Tabung Haji
- Email Tabung Haji – [email protected]
- Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919