Seramai 403,637 calon telah mendaftar untuk menduduki SPM pada tahun 2022 di 3,355 pusat peperiksaan di seluruh Malaysia dan seramai 131,318 petugas peperiksaan telah dilantik bagi keseluruhan peperiksaan ini.
Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2022 akan diumum pada Khamis, 19 Zul Kaedah 1444H bersamaan 8 Jun 2023.
Semakan keputusan SPM 2022 boleh dibuat secara atas talian di portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia atau melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) bermula jam 10 pagi.
Pelajar juga boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM 2022 di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi.
Manakala bagi calon persendirian, keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau pelajar boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mereka mendaftar dahulu.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan beberapa kaedah untuk pelajar lakukan semakan keputusan SPM 2022 selain pergi terus ke sekolah.
Kaedah 1: SMS
Caranya:
Perkhidmatan SMS akan diaktifkan bermula jam 10 pagi pada 8 Jun 2023.
Kaedah 2: Secara Atas Talian (Online)
Semak secara atas talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2022 bermula pada pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023.
Kepada pelajar yang tidak berpuas hati atau tidak yakin dengan keputusan SPM yang diterima, pelajar boleh melakukan semakan semula keputusan SPM 2022 dengan bayaran caj RM100 bagi setiap matapelajaran.
Semakan semula ini boleh dilakukan bermula 30 hari selepas keputusan keluar. Anda boleh melakukan permohonan di elp.moe.gov.my.