Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Jun 2022 SPR

Bahang PRU ke 15 kini semakin terasa. Daftar Pemilih Tambahan Bulan Jun 2022 (DPT BLN6/2022) telah diperaku dan diwartakan hari ini kini dibuka untuk semakan selama sebulan mulai 19 Julai 2022 hingga 17 Ogos 2022.

Kandungan (DPT BLN6/2022)

SPR memaklumkan DPT BLN6/2022 mengandungi nama bagi:

  1. 38,786 orang warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 Jun 2022 hingga 30 Jun 2022 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu
  2. 10,414 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya
  3. 4,591 orang pemilih bertukar status/ kategori pengundi

Kaedah semakan

Pihak SPR turut menyediakan kaedah semakan bagi (DPT BLN6/2022) sebagaimana berikut:

  1. Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my;
  2. Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my;
  3. Aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my;
  4. Aplikasi mudah alih MySPR Semak; atau
  5. Hotline SPR di talian 03-8892 7018.

Makluman penting

  1. Sekiranya mana-mana pemilih yang membuat semakan dan mendapati tiada nama dalam DPT BLN6/2022 sepertimana yang dinyatakan dalam kategori di atas, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.
  2. Selain itu juga, mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya dengan mengisi borang D dan hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.
  3. Borang C dan Borang D juga boleh dimuat turun dari portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my dan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja sepanjang tempoh semakan DPT BLN6/2022.

Maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai urusan semakan ini, pemilih boleh melayari portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau hubungi Hotline SPR di talian 03-8892 7018 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri.