Semakan keputusan UPU Online dan Rayuan Sesi 2022/2023 bagi lepasan SPM

Keputusan bagi permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKM) peringkat sijil, Asasi dan Diploma Sesi Akademik 2022/2023 bagi lepasan SPM kini boleh disemak mulai 22 Julai 2022.

Kaedah semakan keputusan UPUONLINE
Berikut adalah dua kaedah semakan permohonan iaitu:
- Melalui pautan lawan web
- Aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar
Tarikh semakan keputusan UPUONLINE
Dibuka : 22 Julai 2022, Jam 12.00 tengah Hari
Ditutup : 31 Julai 2022, Jam 5.00 petang
Makluman penting
- Pengesahan setuju terima dan surat tawaran boleh dicetak mulai 23 Julai hingga 31 Julai 2022 di laman web Institusui Pendidikan Tinggi Awam 9IPTA) dan ILKA.
- Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan ILKA kepada pemohon yang berjaya mulai 23 Julai selepas calon membuat pengesahan setuju terima dalam tempoh yang ditetapkan.

Permohonan rayuan calon gagal
- Pemohon yang gagal mendapat tawaran program pengajian sahaja boleh membuat rayuan dalam tempoh 10 hari mulai 22 Julai 2022 jam 12.00 tengah hari sehingga 31 Julai 2022 jam 5.00 petang.
- Rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA dan politeknik di https://upu.mohe.gov.my
- Rayuan ke Kolej Komuniti dan ILKA dibuat terus menerusi institusi tanpa melalui UPUOnline
Maklumat lanjut
Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan semakan keputusan dan rayuan UPUOnline 2022/2032, sila hubungi:
- No Telefon: 03-8870 8200
- Emel: upu@mohe.gov.my