Semakan permohonan penempatan kemasukan Tahun Satu Sekolah KPM Sesi 2023/2024

Ibu bapa atau penjaga yang telah mendaftar anak-anak bagi kemasukan tahun satu di sekolah Kementerian Malaysia bagi sesi 2023/2024 kini boleh membuat semakan permohonan dan pengesahan penempatan mulai 1 Ogos 2022.
Ibu bapa perlu membuat pengesahan dan juga mencetak surat permohonan sekolah bagi tujuan urusan semasa sesi pendaftaran sekolah yang dijangka bermula pada Mac 2023.
Bagi memudahkan para ibu bapa membuat semakan, berikut dikongsikan panduan dan maklumat lanjut berkaitan semakan permohonan kemasukan Tahun Satu sesi 2023/2024 secara atas talian.

Tarikh penting semakan keputusan kemasukan Tahun 1
Berikut adalah tarikh semakan permohonan kemasukan Tahun 1 sesi 2023/2024:
- Tarikh semakan: mulai 1 Ogos 2022
- Tarikh pengesahan penempatan: 1 Ogos hingga 31 Ogos 2022
Manakala bagi pelajar yang tidak mendapat penempatan, ibu bapa boleh membuat rayuan sepanjang tempoh berikut:
- Tarikh rayuan: 1 Ogos hingga 30 Ogos 2022
- Tarikh keputusan rayuan: 1 Oktober 2022
Makluman penting:
- Rayuan hanya dibuat secara online sahaga melalui sistem yang disediakan
- Butang RAYUAN akan aktif selepas ibu bapa membuat perakuan
Cara semakan permohonan
Berikut adalah langkah-langkah semasa membuat semakan dan pengesahan penempatan:
- Layari laman web di pautan https://public.moe.gov.my/
- Klik log masuk bagi yang sudah mempunyai akaun. Bagi yang belum perlu membuat pendaftaran baharu sebelum log masuk.
- Klik pada semakan status permohonan Tahun 1.
- Klik pada semakan penempatan.
- Status permohonan akan dipaparkan.
- Ibu bapa perlu mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk rujukan.
Maklumat lanjut
Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai semakan permohonan, ibu bapa boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang boleh diperolehi melalui pautan berikut https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi.