Semakan semula keputusan SPM 2021 secara atas talian bermula 16 Jun 2022

tarikh-semakan-semula-spm-2021

Keputusan SPM 2021 telahpun dikeluarkan pada 16 Jun 2022 secara rasmi dan boleh disemak secara atas talian. Bagi pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang, tahniah diucapkan.

Namun begitu, kepada ibu bapa atau pelajar yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi mereka berpeluang untuk membuat semakan semula keputusan SPM 2021 secara atas talian bermula 16 Jun 2022 sehingga 15 Julai 2022.

Kementerian Pendidikan Malaysia memberi peluang kepada pelajar untuk menyemak semula subjek-subjek tertentu berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Berikut adalah langkah dan panduan penyemakan semula keputusan SPM 2021:

Calon yang ingin membuat semakan semula

  • Layari portal https://elp.moe.gov.my/ untuk permohonan, semakan status dan juga keputusan semakan semula.
  • Pilih menu kes N (keputusan dengan gred)
  • Caj sebanyak RM100 dikenakan bagi setiap mata pelajaran yang disemak.
  • Permohonan dibuka selama 30 hari bermula tarikh pengumumam keputusan iaitu pada 16 Jun 2021 sehingga 15 Julai 2021.
  • Sekiranya keputusan semakan semula adalah kekal, slip keputusan sedia ada adalah terpakai manakala bagi keputusan berubah, untuk calon sekolah boleh menghubungi sekolah asal dan bagi calon persendirian boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri.

Calon yang ingin membuat semakan bagi kes “T”

  • Layari portal https://elp.moe.gov.my/ untuk permohonan, semakan status dan juga keputusan semakan semula.
  • Pilih menu kes “T” (keputusan dengan gred)
  • Tidak dikenakan sebarang caj
  • Permohonan dibuka selama 30 hari bermula tarikh pengumumam keputusan iaitu pada 16 Jun 2021 sehingga 15 Julai 2021.
  • Dengan syarat calon hadir Ujian Bertulis dan melaksanakan Ujian Bertutur/ Ujian Mendengar/ Pentaksiran Pusat bagi mata pelajaran tersebut sekiranya ada.

Maklumat lanjut permohonan

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan semakan ini, calon boleh menghubungi: