Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2

Bermula 5 April 2023, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan disalurkan kepada penerima sebelum sambutan perayaan Aidilfitri 2023.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan tunai langsung secara bersasar yang diberikan kerajaan. STR sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
Bagi meringankan beban masyarakat B40 di Malaysia, kerajaan Perpaduan telah menambah baik inisiatif BKM oleh kerajaan terdahulu.
Pemberian bantuan ini menunjukkan Kerajaan Perpaduan mengimplementasikan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat yang susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.
Peruntukan sebanyak RM1.67 bilion bagi pembayaran STR ini melibatkan tiga kategori penerima iaitu :
- Isi rumah dari golongan B40
- Golongan Bujang B40
- Warga emas yang tiada pasangan
Tarikh Pembayaran STR Fasa 2
Pembayaran STR ini akan dilakukan 4 kali setahun dan bayaran fasa 1 telah pun selesai pada 17 Januari lepas.
Bagi fasa 2, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan pembayaran STR kepada penerima yang layak sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini, iaitu pada pertengahan bulan Ramadan atau awal bulan April.
Jumlah Bayaran STR Fasa 2
Di bawah merupakan jadual jumlah bayaran yang bakal diterima penerima bantuan bagi STR Fasa 2 ini mengikut kategori :
Kategori | Pendapatan Bulanan (RM) | Bilangan Anak | Jumlah Bayaran (RM) |
Isi Rumah Isi Rumah (Tiada Had Umur) | ≤ 2,500 | 0 | 200 |
1-2 | 200 | ||
3-4 | 200 | ||
≥5 | 200 |
Kategori | Pendapatan Bulanan (RM) | Bilangan Anak | Jumlah Bayaran (RM) |
Isi Rumah (Tiada Had Umur) | 2,501-5,000 | 0 | 200 |
1-2 | 200 | ||
3-4 | 200 | ||
≥5 | 200 |
Kategori | Pendapatan Bulanan (RM) | Bilangan Anak | Pendapatan Bulanan (RM) |
Warga Emas Sebatang Kara (≥60 Tahun) | ≤5,000 | 0 | 100 |
Kategori | Pendapatan Bulanan (RM) | Bilangan Anak | Pendapatan Bulanan (RM) |
Bujang (21-59 Tahun) | ≤2,500 | 0 | 100 |
Kategori | Pendapatan Bulanan (RM) | Bilangan Anak | Pendapatan Bulanan (RM) |
Bujang (OKU) (19-59 Tahun) | ≤2,500 | 0 | 100 |
Proses Pembayaran
Proses pembayaran STR Fasa 2 ini akan dikreditkan seperti berikut :
- Ada Akaun – Pengkreditan mulai pertengahan bulan Ramadan atau awal bulan April, secara berperingkat
- Tiada Akaun – Penunaian di cawangan BSN
Semakan Status Pembayaran
Semakan status pembayaran STR Fasa 2 ini, boleh dibuat menerusi laman web MySTR mulai pertengahan bulan Ramadan atau awal bulan April. Cara untuk membuat semakan adalah seperti langkah berikut :
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor kad pengenalan pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan : Nama pemohon, No Mykad pemohon, Status permohonan
- Jika layak maklumat pembayaran Fasa 2 akan terpapar
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 2
- Klik maklumat pembayaran.
Soalan Lazim
- Bilakah pembayaran STR Fasa 2?
STR Fasa 2 akan dibayar bermula 5 April 2023 - Berapakah jumlah pembayaran Fasa 2?
Jumlah amaun bergantung kepada kategori masing-masing; iaitu RM100 untuk bujang dan RM200 untuk warga emas. - Saya penerima STR sebelum ini, perlukah saya mohon semula?
Bagi penerima yang pernah menerima STR sebelum ini, anda tidak perlu mohon semula. Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun anda secara automatik.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai pembayaran STR Fasa 2 sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/