Takwim Kejohanan MSSM Tahun 2023 Bermula Julai Ini

Demam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia Tahun 2023 makin dirasai. Kejohanan MSSM 2023 akan berlangsung bermula pada Julai 2023 dengan tema penganjuran adalah Sukan Nadi ABC. Pemilihan tema kali ini bersesuaian dengan hasrat KPM dalam melahirkan konsep ‘Anak Yang Baik Lagi Cerdik’ dengan menitikberatkan pembentukan karakter, pembinaan insan, akhlak dan integriti dalam kalangan murid.

Sukan sebagai asas dan penggerak utama dalam usaha membudayakan adab, akhlak dan integriti dalam kalangan murid.

Sejarah MSSM

Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia Persekutuan Tanah  Melayu telah ditubuhkan pada tahun 1958 melalui satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Penasihat Persekutuan Tanah Melayu dan dianggotai oleh semua Ketua Pegawai Pelajaran Negeri. Mesyuarat kali pertama diadakan pada 3 Mac 1958 di Rumah Persekutuan Kuala Lumpur, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Selepas tertubuhnya Negara Malaysia pada tahun 1963, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah ditukarkan nama kepada Majlis Sukan Sekolah Malaysia atau lebih dikenali sebagai MSSM.  Untuk memperkasakannya, MSSM diletak dibawah Akta Pelajaran 1961 dan dibawah kuasa Menteri Pelajaran. Tujuan asal penubuhan MSSM adalah untuk mengamalkan konsep sukan untuk kecemerlangan selaras dengan Dasar Sukan Negara.

Pada 6 April 2009, MSSM telah diwarta kerajaan Seri Paduka Bagida dan diterbitkan dengan kuasa mengikut Akta Pendidikan 1996. Sebanyak 22 jenis sukan disenaraikan ketika itu dan telah berkembang kepada 24 jenis sukan sehingga sekarang.

Senarai Sukan MSSM Tahun 2023

Terdapat 24 jenis sukan yang akan dipertandingkan pada Kejohanan MSSM Tahun 2023 antaranya:

  1. Akuatik
  2. Badminton
  3. Bola Baling
  4. Bola Keranjang
  5. Bola Tampar
  6. Boling Tenpin
  7. Catur
  8. Gimnastik Artistik
  9. Gimrama
  10. Golf
  11. Hoki
  12. Kriket
  13. Memanah
  14. Pelayaran
  15. Ping Pong
  16. Ragbi
  17. Sepak Takraw
  18. Skuasy
  19. Tenis
  20. Bola Sepak
  21. Bola Jaring
  22. Sofbol
  23. Olahraga
  24. Merentas Desa

 

 

Lokasi Penganjuran MSSM Tahun 2023

Lokasi pertandingan adalah mengikut pecahan sukan yang dipertandingkan yang mana 14 buah negeri terlibat sebagai tuan rumah.

Takwim Kejohanan MSSM Tahun 2023

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan kejohanan, anda boleh layari pautan rasmi MSSM 2023 di https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/mssm2023