Tawaran jawatan kosong berstatus tetap di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)

lpnm

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) adalah sebuah Badan Berkanun yang ditubuhkan pada tahun 1957 yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Perusahaan Nanas Tanah Melayu (LPNTM).

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia merupakan Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan perkembangan industri nanas berpandukan kepada Ordinan Perusahan Nanas, 1957.

LPNM mempelawa warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan minima SPM untuk mengisi jawatan kosong seperti yang diiklankan.

Senarai jawatan kosong

Slik klik pada setiap jawatan di bawah dan memuat turun maklumat untuk mengetahui syarat-syarat lanjut:

Tarikh permohonan

Tarikh tutup iklan pada 11 Julai 2022

Cara memohon

  1. Bagi pemohon yang berkelayakan, komited dan berdedikasi dipelawa untuk berkhidmat di LPNM bagi mengisi jawatan kosong tersebut. Borang permohonan dan syarat-syarat lantikan hendaklah dimuat turun melalui laman web LPNM http://www.mpib.gov.my
  2. Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada bahagian atas di sebelah kiri sampul surat.
  3. 1 borang hanya untuk 1 jawatan sahaja. Sila gunakan borang berasingan sekiranya memohon lebih dari 1 jawatan.
  4. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing beserta salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini, Laporan Penilaian Prestasi terkini tiga tahun berturut-turut, slip gaji terkini serta surat kebenaran dan sokongan.
  5. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.
  6. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap TIDAK BERJAYA. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh LPNM berkaitan perkara ini.

Dokumen diperlukan

Borang permohonan yang lengkap berserta salinan sijil yang telah disahkan hendaklah
dikepilkan dan disusun mengikut turutan seperti berikut:

i) Salinan Sijil Kelahiran
ii) Salinan Kad Pengenalan
iii) Salinan Lesen Memandu
iv) Salinan Sijil Berhenti Sekolah
v) Salinan Kelayakan Akademik berserta transkrip lengkap –
Ijazah/Diploma/STPM/SPM/PMR
vi) Surat sokongan/kebenaran daripada majikan.
vii) Sijil-sijil penghargaan/penyertaan (terhad 3 tahun terkini)

*** Salinan sijil yang tidak disahkan adalah dianggap tidak lengkap dan tidak akan diproses.

Makluman kepada pemohon

Semua permohonan hendaklah sampai ke alamat di bawah sebelum atau pada
11hb Julai 2022 (Isnin) sebelum 12.00 Tengahari;

Ketua Pengarah,
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia,
Wisma Nanas,
No. 5, Jalan Padi Mahsuri,
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
JOHOR DARUL TAKZIM.
(u.p : Bahagian Khidmat Pengurusan – Seksyen Pengurusan Sumber Manusia)